Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks Sejarah Malaysia: Kronologi Kemerdekaan Malaysia Cute Green Pencil

Kronologi Kemerdekaan Malaysia



1930 - April Parti pertama di Tanah Melayu ditubuhkan. Parti Komunis Malaya (PKM) 

1936 - PKM menggerak Anti-Japanese China Salvation Movement. PKM penggerak kepada Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) 

1941 8 Disember - Jepun mulakan kempen ke atas Tanah Melayu.

1942 15 Februari - Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu dan Singapura. British dikalahkan.
Sabah dan Sarawak juga dikalahkan dalam tempoh yang sama . Penduduk Cina menderita. Masalah perkauman tercetus. 


1943 - Cadangan menubuhkan Malayan Union oleh British.

1945 6 Ogos - Bom atom 'Little Boy' di gugurkan oleh Presiden USA, Harry S. Truman dan Hiroshima. 

1945 9 Ogos - Bom atom 'Fat Man' di gugurkan oleh Presiden USA, Harry S. Truman dan Nagasaki. 

1945 15 Ogos - Jepun menyerah kalah dari tanah.

1945 4 September Jepun berundur dari Singapura dan Sumatera. 

1945 10 Oktober - Parlimen British luluskan Malayan Union. 

1945 - PKM dibenarkan untuk bergiat secara terbuka oleh British.
1946 1 Mac - 38 buah Parti Melayu dari seluruh Malaya dan Singapura berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman menentang Malayan Union. 

1946 11 Mei - UMNO di tubuhkan di Istana Besar Johor Bahru oleh Dato' Onn Jaafar. 

1948 - PKM memulakan penentangan bersenjata terhadap British. PKM ingin
menubuhkan sebuah negara Komunis. 


1948 - Disember Dato' Onn, Presiden UMNO panggil mesyuarat dengan kaum Cina.
1948 12 Januari - Darurat diisytiharkan sebab ancaman PKM. 

1948 21 Januari - UMNO dengan kerjasama Raja-raja Melayu menubuhkan Kerajaan Persekutuan Malaya menggantikan Malayan Union. 

1948 1 Februari - British tubuhkan Kerajaan Persekutuan Malaya. 

1949 Januari - Pesuruhjaya Tinggi British, Malcolm MacDonald panggil mesyuarat Melayu dan Cina, tubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee).
1949 27 Februari - Ketua AMCJA (All Malaya Council of Joint Action), Tan Cheng Lock tubuhkan MCA, di sokong oleh Leong Yew Koh dan T.H. Tan. 

1949 - PKM lempar bom tangan di Dewan MCA Perak. Tan Cheng Lock dan 4 lain cedera.
1950 - PKM serang Balai Polis Bukit Kepong, semua anggota polis dan keluarga mereka terbunuh. 

1950 25 Februari - Mesyuarat UMNO, mengadakan sembahyang untuk perwira negara yang terkorban. 

1950 - Rusuhan Natrah di Singapura. 

1950 - Dato' Onn Jaafar berbalah dengan UMNO. 

1951 - Dato' Onn Jaafar meninggalkan UMNO kerana cuba membuka pintu kepada
bangsa-bangsa lain ke dalam UMNO. 


1954 - Gerakan menuntut pilihanraya di mulakan.
- Majlis Meja Bulat, UMNO dan MCA di adakan.
- UMNO dan MCA menang bersih pilihanraya tempatan dan bandaran.
- MIC menyertai Parti Perikatan.

1955 31 Julai - Pesuruhjaya Tinggi British tawarkan 10 kerusi kabinet dan 10 kerusi untuk pegawai kerajaan. 

1955 - Pelampau Cina, melalui Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina menuntut supaya bahasa Cina di jadikan sebagai salah satu bahasa rasmi. 

1955 - Tunku, Tan Cheng Lock dan wakil Guru, berbincang di rumah TCL. 

1955 - Manifesto Perikatan di capai. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
1955 27 Julai - Pilihanraya pertama di Malaya, UMNO menang 51 dari 52 kerusi yang
dipertandingkan. 


1955 7 Oktober - Setelah perikatan menang, ucapan radio mengatakan PKM bersetuju untuk
berjumpa Tunku Abdul Rahman. 


1955 28 Disember - Rundingan Tunku Abdul Rahman disertai oleh Dato' Sir Tan Cheng Lock, David Marshal, Too Joo Hing, T. H. Tan dan setiausaha sulit Tunku, Shafie Abdullah dengan ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng disertai oleh Rashid Maidin dan Chien Tien di Baling, Kedah. Chin Peng tidak percaya British akan memberi kemerdekaan kepada Malaysia. Berjanji untuk berhenti berjuang jika Malaya merdeka. Chin Peng tidak berbuat demikian setelah Malaya merdeka. 

1957 31 Ogos - Malaya mencapai kemerdekaan secara Perlembagaan melalui perikatan,
(UMNO, MCA & MIC) yang diterajui oleh Allahyarham Tunku Abdrul Rahman."

1957 - Falsafah PKM menyusup di Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya
(masing-masing di Malaya dan Singapura. Mereka bergabung dalam Barisan Sosialis Rakyat Malaysia. 


1958 9 Julai - 118 pengganas komunis menyerah diri di Perak Selatan.

1959 - MCA di susupi golongan muda, pimpinan Dr. Lim Chong Eu mahu menamatkan
apa yang di sangka sebagai penguasaan UMNO kepada Parti Perikatan.
Menuntut supaya bahasa Cina menjadi bahasa rasmi negara. 


1959 12 Julai - Tunku menolak semua tuntutan segelintir dari pemimpin golongan muda MCA.
Tunku tetap menghargai pemimpin-pemimpin Cina lain seperti
Tan Siew Sin, Tun Ong Yok Lin dan T. H. Tan. 


1959 - MCA berpecah dua. Pemimpin MCA lama menjadi parti bebas dan MCA baru diterajui oleh Tun Tan Siew Sin. 

1959 - Disebabkan tuntutan MCA itu Tunku mengugut untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri untuk di serahkan kepada Tun Abdul Razak sekiranya MCA baru di bawah pimpinan Tan Siew Sin. 

1959 - PAS dan UMNO bertikam lidah. PAS mahukan semua orang Cina di hantar balik
ke negara Cina. 


1959 - Yang dipertuan Agong mengeluarkan arahan kepada mereka supaya
peperangan mulut dihentikan kerana khuatir menjadi pergaduhan dan rusuhan. 


1959 - Perikatan menang 74 kerusi dari 103 kerusi yang dipertandingkan.(Perikatan 74,
PAS 13, Parti Sosialis 8, Parti Progresif Rakyat 4, Parti Negara 1, Parti Malaya 1
dan Bebas 3). 


1959 - Dr. Lim Chong Eu meminta maaf kepada Tunku Abdul Rahman dan mengaku termakan dihasut oleh Persatuan Guru-guru Sekolah Cina. 

1959 - Hubungan UMNO, MCA dan MIC menjadi erat. 

1959 - Disember "Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan.
Tun Abdul Razak masih lagi menteri pertahanan dan Menteri Dalam Negeri." 


1959 - Pada mulanya Tun Tan Siew Sin curiga dengan UMNO kerana melihat Dato' Onn Jaafar yang mengasaskan UMNO sendiri telah keluar dari UMNO. Kemudiannya Tun Tan Siew Sin menjadi seorang pemimpin kuat dalam Parti Perikatan. (Tunku bertanya mengapa perubahan itu berlaku? Tun Tan Siew Sin kemudiannya menjelaskan melalui surat yang panjang kepada Tunku Abdul Rahman, antaranya ialah ucapan terima kasih beliau memberikan kerakyatan kepada bangsa-bangsa lain terutamanya Cina dan India. 

1960 - Falsafah yang nasionalis tetapi pro-sosialis, pro-sukarno, pro-komunis telah menyerap masuk ke dalam akhbar Utusan Melayu. Majoriti pemegang saham Utusan Melayu ialah ahli UMNO. Utusan Melayu dipulaukan sehingga menjatuhkan pasaran. Pengurusannya gagal bayar gaji pekerja. 

1960 31 Julai - Agong isytiharkan darurat dari ancaman komunis tamat iaitu selepas 12 tahun. 

1960 - Pembukaan tanah-tanah di luar bandar oleh Tun Abdul Razak.

1961 - UMNO ambil alih Utusan Melayu. Wartawan-wartawannya mogok dan ia diketuai
oleh wartawan Singapura, Said Zahari yang dikatakan pro-sosialis, pro-sukarno dan berhaluan kiri. Said Zahari pula mengatakan beliau hanya mempertahankan kebebasan akhbar. 


1961 27 Mei - Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat pergabungan Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei perlu bergabung dengan Malaya. 


1961 03 Jun - Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, menyatakan sokongan kepada Tunku Abdul Rahman. Singapura belum merdeka lagi pada waktu ini. 

1961 Oktober - Parlimen Malaya meluluskan sokongan gagasan tersebut. 

1961 04 November - UMNO menganggap gagasan tersebut sebagai Melayu Raya.

1962 21 Julai - Sultan Brunei, Sir Omar Saifudin mengumumkan Dewan Undangan Brunei
menerima konsep Malaysia. 


1962 - Pemberontakan oleh pergerakan bawah tanah,
Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) di bawah Parti Rakyat Brunei
di ketuai oleh A.M. Azahari bin Sheikh Mahmud. 


1963 - Brunei membatalkan hasrat menyertai Malaysia kerana syarat-syarat
yang tidak menguntungkan mereka. 


1963 16 September - Singapura menyertai Malaysia.

1963 - Lee Kuan Yew mengenakan dasar "Malaysian Malaysia" berdasarkan meritokrasi. 

1963 19 Oktober - Alex Jossey dari 'Buletin Australia' memuji LKY, kaum China dan Disnasti China dan mengatakan Melayu berketurunan lanun. 

1963 Disember - 8 perajurit Malaysia terkorban di bom tangan tentera PKI di Kelabakan,
Tawau, Sabah. 


1964 - Sukarno dengan kerjasama PKI melakukan operasi tentera Ganyang Malaysia.

1964 - Tidak lama selepas operasi Ganyang Malaysia, pemimpin PAS, Dr. Burhanuddin, pemimpin Parti Rakyat, Ahmad Boestamam dan pemimpin Barisan Sosialis Rakyat Malaysia, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako) telah di tahan bersama yang lain-lain (Dato' Raja Abu Hanifah, Dato' Kampo Rajo, Aziz Ishak dan Rais Anuar).
1964 23 April - Dato Dr. Ismail Dato' Abd Rahman, Menteri KDN menandatangani Kertas Putih Kerajaan Malaysia bertajuk "Hasrat Indonesia Terhadap Malaysia". 

1964 - Pilihanraya. Perikatan menang 89 kerusi dari 104 kerusi. 

1965 - Malaysia menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

1965 - Sukarno dihancurkan oleh Presiden Suharto melaui pemberontakan Gestapo.
1965 Mei - Ucapan terakhir LKY, mengatakan "hak istimewa orang Melayu dan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah jawapan kepada
masalah ekonomi Melayu.'' 


Ucapan Mahathir dalam masa yang sama mengatakan ''cara Kuala Lumpur memerintah orang Cina tidak boleh dilaksanakan di Singapura. Mereka tidak pernah diperintah orang Melayu dan taktik memulas tangan pastinya akan menghadapi tentangan yang keras". Mahathir benar-benar rasa tercabar. 

1965 01 Jun - LKY mendesak supaya "Malaysian Malaysia" ditentukan oleh Singapura, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang sendiri menentukannya. 

1965 Jun - Tunku berada di London menghadiri Persidangan Perdana Menteri Komanwel di London tetapi terpaksa berada di hospital kerana diserang penyakit ''Kayap.''
1965 9 Ogos - Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Lee Kuan Yew menangis disiarkan oleh RTM.
1965 - Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Syed Jaafar Albar meletak jawatan.
1966 11 Mac - Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno. Konfrantasi Ganyang Malaysia
di tamatkan.

1969 13 Mei - Rusuhan kaum di Malaysia tercetus.
1974 - Tunjuk perasaan oleh pelajar-pelajar kerana mendakwa penduduk di Baling miskin dan mati kebuluran.
1974 - 20 Komunis keluar hutan kerana menyangka pelajar telah bangkit dan PKM akan mendapat sokongan rakyat.
1974 14 Disember - Anwar Ibrahim ditahan ISA kerana menghasut pelajar
1975 5 Januari - Tunjuk perasaan tiada asas dan disifatkan sebagai dusta.
1989 - PKM menyerah kalah kepada kerajaan Malaysia memalui satu perjanjian di Hatyaai.



Rentetan Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan

rentetan1
01 Januari 1956
Rombongan Rundingan Kemerdekaan
Dari kiri: Datuk Ahmad Kamil, Datuk Dr Ismail, Datuk Hj Abdul Wahab, YTM Tunku Abdul   Rahman, Dato' Mohammad Seth, Kolonel Sir H.S. Lee, Dato' Abdul Aziz Majid dan Datuk Abdul Razak Barisan belakang: T.H. Tan(Setiusaha Wakil Perikatan) dan Abdul Kadis Shamsuddin (Setiuasaha wakil Raja-raja)

rentetan2
01 Januari   1956
Rombongan Kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia.

rentetan3
01 Januari 1956
Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.

rentetan4
01 Januari 1956
Keratan Akhbar Melayu, 6 Januari 1956 yang menunjukkan kapal laut M.V. Asia ke Karachi, Pakistan.


rentetan5
Keratan Akhbar Utusan Melayu, Rombongan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku sedang berbincang di Lancaster House.

rentetan6
8 Januari 1956
YTM Tunku dan Lennox Boyd(Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris) menandatangani Perjanjian Merdeka di London.

rentetan7
20 Februari 1956 (11.00 pagi)
YTM Tunku yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dengan Malayan Airways.

rentetan8
20 Februari 1956
Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman disambut oleh lebih kurang 1,000 jawatankuasa penyambut daripada Parti Perikatan semasa tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.

rentetan9
20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman, Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Hj. Abdul Wahab Abdul Aziz dan Leong Yew Koh telah diarak dengan kereta berwarna hitam bernombor plat M 4442 dari Batu Berendam hingga ke Klebang untuk berehat di rumah Tan Cheng Lock.

rentetan10
20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang, Melaka dalam perjalanan dari Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan11
20 Februari 1956 (3.30 petang)
Rombongan Kemerdekaan tiba di Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan12
20 Februari 1956
Orang ramai melaungkan 'Merdeka'setibanya Rombongan Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan13
20 Februari 1956
En Ghafar Baba, mempengerusikan perhimpunan raksasa di Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan14
20 Februari 1956
YTM Tunku menjulang keris yang dihadiahkan oleh kaum ibu UMNO Melaka yang diwakili oleh Puan Zainab bt Samdin.

rentetan15
20 Februari 1956
Datuk Abdul Hamid Jumat, Ketua Cawangan UMNO Singapura sedang menyerahkan Peta Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura pada YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan16
20 Februari 1956
Orang ramai mendengar ucapan YTM Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan17
20 Februari 1956
Ucapan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Haji Abdul Wahab di Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan18
20 Februari 1956
Ucapan wakil MCA Leong Yew Koh di Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan19
20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman membaca Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan yang disusun oleh En Senu Abdul Rahman, Tn Syed Nasir Ismail dan ditulis oleh En Ibrahim Mahmood (Pengarang Akhbar Merdeka).

rentetan20
20 Februari 1956
Dr. Ismail (kiri) dan Dato' Abdul Razak (kanan) turut menandatangani pengisytiharan tarikh Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan21
20 Februari 1956
Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Malayu yang ditandatangani oleh ahli-ahli Rombongan Merdeka di Padang Bandar Hilir, Melaka.

rentetan22
20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan 'MERDEKA'.

rentetan24
20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berarak keluar selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 21 Februari 1956.


No comments:

Post a Comment

Back To Top